Sunday, May 29, 2011

Nora Elena aka Kasih Yang Suci



Wow..cam giler xcaye aku hanya perlukan 2 hari utk mengkhatamkan Novel Kasih Yang Suci... sambil baca sambil sengih sorg2 cam org mereng jek! giler gaban best tertarik dgn plot cite nie yg lain dari lain.. bait2 kata pun xde la berbunga2 tahap sasterawan negara,guna bahasa mudah paham..cuma ada la terselit kata2 puitis tp xmeleret sgt.. so,as a conclusion..novel ini mmg sgt best utk dibaca oleh sesapa saja..hatta tukang kebun sekolah sekalipun!.. cayelah anda xkan menyesal...


Gara2 penangan drama Nora Elena kat TV3 tu,buat aku berkobar2 mencari Novel nie.. abes semua kedai buku kat kompleks PKNS aku geledah..namun hampa!! novel Ombak Rindu ada la.. tp da baca kot masa dibangku sekolah menengah lagik.. misi utk mendapatkan Kasih Yang Suci nie diteruskan tanpa jemu mengusai diri.. tetiba tgh buat tax position,teringat yg kat SACC Mall ada MPH... maka tanpa berlengah lagik..jom kita serang MPH tersebut!! selepas perasaan excited dan keterujaan bercampur baur,akhirnya aku dpt jugak... mmg rezeki terpijak aku la... sbb dekat rak tu tinggal 1 jek novel tersebut!! giler xterharu aku... huhu..


Dgn langkah penuh bersemangat waja bercampur hati yg berbunga2,pi bayar kat kaunter..tersengih2 pandang muka cashier cam da lama kenal... mesra terlebey lak aku nie... haha.. balik kat opis,abes 1 opis aku tunjuk novel tersebut sebagai tanda kepuasan yg tidak terhingga... pastu konon2 tunjuk rajin sambil tunggu bas baca novel,naseb baik xterlepas bas... kalo x..jalan kaki la jawabnya...


Setelah khatam novel tersebut,apa yg aku boleh simpulkan..drama tu xde la sebijik sebuntat adaptasi dari novel...patut la depa tulis adaptasi longgar.. tp plot2 penting mmg ada dlm drama.. mcm kes kena basuh baju,mkn asam pedas.... kira xlari jauh sgt la... pelakon2 pun cam sesuai dgn watak yg digambarkan... Seth Tan!! wow.. mmg gagah perkasa orgnya... kalo dulu xtangkap cinta pun dgn Aaron Aziz,tp since dia berlakon cite nie cam separuh angau lak.. haha.. Nora Elena pun mmg secantik yg digambarkan la.. pendek kata mmg best la cite n novel nie..xsbr tunggu scene depa kat Cameron.. kemelut makin memuncak lepas Nora disahkan pegnen... sian Seth Tan yg hensem tersebut.. huhu...

Tuesday, May 17, 2011

Luahan Hati Belahan Jiwa..

Duhai lelaki,
Jika wanita berkata cinta usahlah kau ragui cinta itu
Cintailah dia jua sepenuh hatimu
Usah berkata cinta tapi perlaku umpama nista

Duhai lelaki,
Tika wanita berbisik kata rindu padamu
Hargailah ia sebaik-baik yang boleh kau jagai
Jangan biarkan rindu itu berlalu sepi..

Duhai lelaki,
Saat wanita perlukan perhatianmu..
Berikanlah dia sedikit rasa dihargai..
Tidak perlu kau menyakiti jika kasih tidak seikhlas hati

Duhai lelaki,
Waktu wanita menangis bersedih hati..
Jangan kau persoalkan itu dan ini
Kerana wanita lebih memahami hati yang kau tidak mengerti!

Duhai lelaki,
Wanita ini tidak lagi berharap apa yang tidak pasti
Kerna hatinya sudah terguris berdarah sendiri...
Usahlah kau cuba menghampiri menambah sakit yang tidak terperi
Ya..aku lemah tapi aku ada kekuatan menjaga harga diri ini!!!

Saturday, May 07, 2011

Dekat Tapi Hati Menjauh

Jasad sentiasa dekat mendekati tapi hati makin jauh menjauhi.. ikatan yang dulu erat kini sudah renggang tidak dipeduli.. hati mana tidak terusik melihat dia seperti orang asing.. Dan aku jua makin asing di bumi sendiri.. mata melihat tapi mulut terkunci diam seribu bahasa tiada erti… senyum kelat sekadar berbasa-basi,namun hati masih jelik dengan situasi ini..Tuhan lebih tau apa yang Dia rancang.. segala kejadian ada hikmahnya...Mungkin Tuhan ingin menguji tahap kesabaran hati ini.. Duhai,hati... bersabarlah dan usahlah bersedih sehingga memudaratkan diri..jangan alpa dengan godaan duniawi..

Namun hati masih lemah untuk mengerti..dulu setiap perkara boleh dikongsi,kini aku tidak berkepentingan lagi.. berita sedih aku tanggung sendiri kerana dia tidak lagi peduli.. kisah gembira jua tiada lagi kerana hati sudah pudar dgn sendiri… Hati makin terasa bila dia menyembunyikan tp menghebahkan pada yang lain.. Seperti tersedar dari lamunan yg aku cipta sendiri.. dia bukan lagi yang dulu dan aku perlu jadi org lain! Biarlah aku pendam segalanya,walau hati sarat menanggung beribu persoalan.. Aku sekadar boleh melihat dari kejauhan kerana dia sudah ada teman baru yang lebih mengerti…. Ya Allah,tabahkan lah hatiku.. kuatkan lah semangatku..dan ampunkanlah dosa2 ku.. Amin. ~ The End ~