Jasad sentiasa dekat mendekati tapi hati makin jauh menjauhi.. ikatan yang dulu erat kini sudah renggang tidak dipeduli.. hati mana tidak terusik melihat dia seperti orang asing.. Dan aku jua makin asing di bumi sendiri.. mata melihat tapi mulut terkunci diam seribu bahasa tiada erti… senyum kelat sekadar berbasa-basi,namun hati masih jelik dengan situasi ini..Tuhan lebih tau apa yang Dia rancang.. segala kejadian ada hikmahnya...Mungkin Tuhan ingin menguji tahap kesabaran hati ini.. Duhai,hati... bersabarlah dan usahlah bersedih sehingga memudaratkan diri..jangan alpa dengan godaan duniawi..
Namun hati masih lemah untuk mengerti..dulu setiap perkara boleh dikongsi,kini aku tidak berkepentingan lagi.. berita sedih aku tanggung sendiri kerana dia tidak lagi peduli.. kisah gembira jua tiada lagi kerana hati sudah pudar dgn sendiri… Hati makin terasa bila dia menyembunyikan tp menghebahkan pada yang lain.. Seperti tersedar dari lamunan yg aku cipta sendiri.. dia bukan lagi yang dulu dan aku perlu jadi org lain! Biarlah aku pendam segalanya,walau hati sarat menanggung beribu persoalan.. Aku sekadar boleh melihat dari kejauhan kerana dia sudah ada teman baru yang lebih mengerti…. Ya Allah,tabahkan lah hatiku.. kuatkan lah semangatku..dan ampunkanlah dosa2 ku.. Amin. ~ The End ~
No comments:
Post a Comment