Tuesday, May 17, 2011

Luahan Hati Belahan Jiwa..

Duhai lelaki,
Jika wanita berkata cinta usahlah kau ragui cinta itu
Cintailah dia jua sepenuh hatimu
Usah berkata cinta tapi perlaku umpama nista

Duhai lelaki,
Tika wanita berbisik kata rindu padamu
Hargailah ia sebaik-baik yang boleh kau jagai
Jangan biarkan rindu itu berlalu sepi..

Duhai lelaki,
Saat wanita perlukan perhatianmu..
Berikanlah dia sedikit rasa dihargai..
Tidak perlu kau menyakiti jika kasih tidak seikhlas hati

Duhai lelaki,
Waktu wanita menangis bersedih hati..
Jangan kau persoalkan itu dan ini
Kerana wanita lebih memahami hati yang kau tidak mengerti!

Duhai lelaki,
Wanita ini tidak lagi berharap apa yang tidak pasti
Kerna hatinya sudah terguris berdarah sendiri...
Usahlah kau cuba menghampiri menambah sakit yang tidak terperi
Ya..aku lemah tapi aku ada kekuatan menjaga harga diri ini!!!

No comments:

Post a Comment